SEJARAH PENUBUHAN SMUAS

  SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH

SSSMU(A) Al-Saadah  mula diasaskan pada 1 Jun 1971, dibawah pimpinan Cikgu Hj. Sidek B. Ahmad yang pada waktu tersebut merupakan  guru besar Sekolah Kebangsaaan Batu Mengkebang.  Sekolah tersebut dipengerusikan oleh beliau sendiri dan dianggotai oleh beberapa Ahli Jawatankuasa.


           Nama SMU(A) Al-Saadah digunakan  semenjak ia ditubuhkan, dan guru besarnya ialah Ust. Yaacob B. Deraman dan Ust. Hassan B. Naim. Ust. Yaacob  bertugas sehingga 7 Ogos 1971, manakala Ust. Hassan sehingga 5 April 1972. Pada 6 April 1972, pentadbirannya telah diambil alih oleh Ust. Sulaiman B. Ibrahim sehingga 1989.  manakala pada tahun 1990, Ust. Saidi bin Ghani telah menjawat jawatan tersebut selama setahun.

            Pada 3 Disember 1990, pengurusan sekolah bertukar tangan kepada Ust. Mat Ail bin Awang Senik sehingga bulan Mei 1996. Semasa di bawah pentadbiran beliau, sebuah bangunan dua tingkat, dua buah rumah guru dan musolla telah dibina. Pada pertengahan tahun 1996, sekali lagi pentadbiran sekolah ini bertukar tangan kepada Ust. Amaluddin bin Mohd Salleh. Pada awal tahun 2000, Ust. Mat Ail kembali menjadi guru besar sehinggalah beliau bersara pada penghujung  tahun 2006.  Bermula pada tahun 2007 sehinggalah sekarang, sekolah ini ditadbir oleh Ust. Ahmad Zulkiflee bin Che Soh dengan jawatan sebagai pengetua.

            Pada awal penubuhannya, sekolah ini hanya mempunyai tiga bilik darjah dengan pelajar seramai 100 orang, serta empat orang tenaga pengajar. Pada 23 Mac 1975, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Saadah Batu Mengkebang telah dibuka dengan rasminya oleh YAB Datuk Hj. Mohamad bin Nasir merangkap Menteri Besar Kelantan pada masa tersebut. Semenjak itu, sekolah ini semakin maju dan bilangan pelajarnya sentiasa bertambah dari setahun ke setahun.

            Pada tahun 1991, melalui peruntukan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan sumbangan derma serta semangat gotong-royong dari penduduk setempat, saru bangunan dua tingkat telah didirikan dengan batu asas pembinaannya diletakkan ole YABrs. Pengarah Yik iaitu Tuan Hj. Abdul samad bin Mahmud. Bangunan ini siap dibina pada bulan September 1993 dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelntan YAB. Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
            Pada tahun 1998, satu bangunan dua tingkat yang baru telah dibina dengan peruntukkan sebanyak RM300,000 oleh Kementerian Pendidikan bagi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Bangunan tersebut telah siap dibina, dan dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan pada tahun 2000.

No comments:

Post a Comment